Sunday, November 22, 2015
KULAT HOMESTAY
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt Slmt Pagi semua warga dunia yg bisa memahami Bahasa Melayu,
Hari demi hari, bulan demi bulan, bintang demi bintang homestay tumbuh bak cendawan. kenapa?
Salah satu jawapannya ada pada saya...
Saya buat homestay krn sy mengadjust perbelanjaan sy apabila sy tiada lagi pendapatan tetap. Dulu2 sblm 18 Sept 2013 tarikh keramat bagi saya, sy mampu byr bulan2 rumah ketiga sy walaupun sy duduk jarang2. sebulan sekali. Sapa camni? Dan x disangka sangka buat homestay ini mampu menarik ramai tetamu2 sbgi tempat penginapan sementara mereka beramai ramai mahupun sorang! bayar murah kunci bilik2 lainlah... kan boleh? Nampak peluang?
Jawapan lain2 apabila sy berkenalan seramai lebih 50 org pengusaha2 homestay ialah.... mcm2lah. Biarlah rahsia org. Bongkar semua nanti x nak kawan pulak. Apa yg sy ingin kongsikan disini ialah apabila permintaan homestay meningkat dan homestay2 pun tumbuh melata, maka akan dtglah kulatnya...
Berikut adalah salah satu jenis kulatnya species x kenang perkongsian org utk peringatan kpd pengusaha2 homestay seluruh malaysia.
****************************************
Awas!! Sila blacklist sebelum tuan/puan pun terkena. Saya di kencing. Jumlah RM2080. Gone!!
Nama xxxx xxxx. Panggilan xxxx. No. I.C. xxxxxxx-x-cxx. No talipon: 01x xxxxxx dan 01x xxxxxccc. Alamat: xxx Jalan xxx, xxxx, xxxxx. Pekerjaan: business supply kelengkapan ke sekolah sekolah. Memiliki kenderaan Toyota warna putih. No plate xxxx..... digit tak ingat.
Mula menginap di xxxxx Homestay, 6/9/2015 hingga 5/10/2015, sambung 5/10/2015 hingga 4/11/2015. Sambung 4/11-3/12/2015. Tapi pada 12/11/2015 cabut lari. Bil utiliti - (letrik, air, internet, astro) - bulan ke 2 terunggak rm841. Sistem saya - dia ni menyewa dimana dia kena bayar bil setakat dia pakai. Dah diminta supaya bayar bil tertunggak dan sewa bulan ketiga sejak awal bulan. Katanya cheque belum dapat. Tapi janji bayar semua pd 13/11/2015. Saya tunggu dan percaya kata kata dia. Customer ni bawa famili, isteri, dua anak kecil umur bawah 6 tahun dan 2 pekerja remaja.
Bayaran sewa kena rajin tuntut. Dibayar 2-3 kali ansuran/bulan. Pada 12/11/2015, jam 3.45 ptg terima SMS daripada beliau. Tapi dibaca pada jam 5 ptg. Bunyi nya " bang saya dah checkout, kunci homestay saya letak dalam kotak surat. Tadi adik talipon kata ayah sakit masuk wad, kena balik. Abang kira semua sewa dan bil setakat 12/11 beritahu saya. Kalau dlm perjalanan ni jumpa bank saya bankin duit abang." Saya talipon dia. Sampaikan rasa simpati. Tanya dia mengapa tak call saya bila nak terus balik. Dia marah marah dlm talipon sambil berkata ayah sakit pun tak percaya. Tapi hingga hari ini 19/11/2015 - SMS dan call tak jawab atau balas. Jumlah yg dituntut belum juga d bayar.
Fakta lain yang penting - famili ni pengotor. Sampah sarap - tulang ayam, bungkusan gula gula, coklat, biskut kering, pampers dll - ada merata, diselit sana sini ikut dan. Bawah sofa, bawah kusyen, bawah katil, atas kapet, celah sana, sini. Cadar dan dinding diconteng, cat railing tangga dikopek, gambar ditoreh. Sofa panjang patah. Lantai berminyak, berdebu. Selama menginap homestay, kebersihan langsung tidak diutamakan.
** Harap viralkan kepada pengusaha homestay d tempat lain. Tqvm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment